LICENSING WORKSHOP_@Online
LICENSING WORKSHOP_@Online
LICENSING WORKSHOP @ONLINE
PELESENAN PRA-FRANCAIS
Penyelesaian yang telah terbukti untuk masalah kewangan bisnes anda
Pra-Syarat Penyertaan:
- Program ini bukan untuk semua orang. Program ini sesuai untuk usahawan yang serius ingin bina rangkaian outlet bisnes ikut amalan industri dan perundangan.
@ONLINE via ZOOM
Tempoh: Satu (1) hari
Masa: 10.00 am - 05.00 pm
TARIKH:
Sila pilih tarikh anda:
Isnin, 14 Sept 2026 (Tutup daftar 14 Sept 2026, 08.00am)
JAMINAN NILAI:
Tutorial, dokumen kontrak licensing, manual panduan lengkap diberikan untuk membangunkan bisnes anda sebagai pakej bisnes. Kandungan program ini telah terbukti membantu peserta-peserta terdahulu membangunkan pakej bisnes dan menjual kepada rakan niaga.
Anda diberi panduan sehingga benar-benar faham sepenuhnya sistem licensing.

Belajar Strategi Bina Rangkaian Outlet MD Putu Bambu World:
Segmen Kajian Kes: Daripada Modal Seribu Ringgit kepada Jualan Lima Juta Setahun
Antara klien kami, ada satu kisah yang saya sering kongsikan kepada para usahawan baharu kerana ia membuktikan sesuatu yang ramai orang lupa: saiz permulaan tidak pernah menentukan saiz masa depan. MD Putu Bambu World bermula dengan modal yang sangat kecil, hanya RM1,000, dan pakej perniagaan ketika itu dijual pada harga RM15,000 seunit menggunakan sistem licensing.
Hari ini, pakej telah dinaiktaraf ke sistem francais dan dijual pada nilai RM50,000 seunit. Bukan kerana harga dinaikkan secara sewenang-wenangnya, tetapi kerana nilai sistem itu sendiri telah berkembang, dibina melalui disiplin, konsistensi, dan keputusan perniagaan yang tepat pada masanya. Hasilnya, mereka kini mempunyai 70 outlet francais beroperasi dibawah jenama, dan mencatatkan jualan purata RM5 juta setahun, secara konsisten, tahun demi tahun.
Dalam segmen ini, kami tidak sekadar bercerita tentang kejayaan mereka. Kami kongsikan langkah sebenar yang mereka ambil, keputusan yang mereka buat, dan prinsip yang mereka pegang, supaya anda boleh menilai sendiri apa yang relevan untuk perniagaan anda.
Dalam segmen kajian kes MD Putu Bambu World ini, anda akan belajar:
- Bagaimana mereka memilih konsep yang layak untuk dilesenkan, sedangkan ramai usahawan lain gagal pada langkah pertama ini sahaja.
- Bagaimana mereka memilih produk yang tepat, produk yang bukan sekadar laku, tetapi produk yang boleh direplikasi dengan konsisten oleh rakan niaga di lokasi berbeza.
- Bagaimana mereka memilih lokasi, bukan berdasarkan tekaan atau rasa "nampak sesuai," tetapi berdasarkan kaedah yang boleh dipertahankan secara data.
- Bagaimana mereka memilih rakan niaga yang betul-betul sepadan dengan visi jangka panjang mereka, bukan sekadar sesiapa yang ada wang untuk membayar.
- Bagaimana mereka mencipta nilai yang begitu kukuh sehingga rakan niaga bukan sahaja yakin untuk menyertai, tetapi sanggup berusaha bersama mereka, sebagai rakan kongsi, bukan sekadar pelanggan.
- Dan bagaimana mereka mencipta persepsi jenama yang cukup kukuh sehingga organisasi sebesar PLUS, PETRON, dan SHELL menerima konsep mereka. Bukan syarikat kecil. Bukan peniaga persendirian. Tetapi jenama besar yang dikenali seluruh negara. Bagaimana sebuah perniagaan yang bermula dengan RM1,000 boleh meyakinkan gergasi seperti itu?
Itulah yang akan kami dedahkan dalam program ini. Bukan teori. Bukan andaian. Tetapi langkah demi langkah sebenar yang mereka gunakan, dan yang boleh anda gunakan juga.
Sediakan Sebutharga Pelaburan Yang Boleh Menarik Rakan Niaga & Pelabur:
Panduan Lengkap Menarik Tunai Rakan Niaga & Pelabur
Setelah anda membina sistem bisnes licensing, anda berpeluang untuk menjual bisnes anda kepada rakan niaga dan menarik pelabur untuk melabur kedalam bisnes anda. Inilah yang dilakukan oleh MD Putu Bambu World (70 outlet), D'Apple Fried Chicken DAFC (100 outlet) dan Richiamo Coffee (220 outlet) untuk mengumpul tunai dan berkembang dengan lebih cepat.
Sesi ini untuk anda jika:
- Anda pemilik bisnes yang ingin melantik raka niaga yang berkualiti
- Anda memerlukan suntikan tunai daripada rangkaian rakan niaga sedia ada, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menariknya keluar
- Anda ingin membuat pembentangan dan menarik pelabur-pelabur yang berkualiti
- Anda mempunyai tanggungan hutang yang perlu dilunaskan, dan ingin mencipta aliran pendapatan dari suntikan tunai rangkaian francaisi dan pelabur untuk menampungnya
- Anda akan bersara awal dan ingin menjual keseluruhan bisnes anda pada masa hadapan, pada nilai yang tinggi
YURAN:
RM750 untuk Dua (2) pax / peserta
*Pemerhati tidak dibenarkan
Yuran termasuk:
- Draf lengkap Dokumen Licensing sedia digunakan:
- Dokumen Prospektus untuk Rakan Niaga
- Dokumen Tawaran dan Pelantikan Rakan Niaga
- Dokumen Perjanjian Licensing Perniagaan
- Manual Operasi Outlet Rakan Niaga
- Manual Pemasaran Peluang Perniagaan Licensing
- Standard Document: 300 muka surat, manual dan perjanjian licensing standard dalam format digital.
- Sokongan khidmat nasihat online untuk perniagaan anda selepas program.
- Sila berikan alamat GMAIL untuk pendaftaran.
- Passcode Zoom akan diberikan 24 jam sebelum hari program.
Anda mempunyai pertanyaan mengenai program ini?
Hubungi kami ditalian Whatsapp 019 4298400 (Ridzuan @CoachFrancais)
FASILITATOR PROGRAM:

Ridzuan Mohamad @Coach Francais
- Program ini diterajui oleh Tuan Ridzuan Mohamad, seorang perunding pembangunan francais dan licensing / pelesenan, mempunyai pengetahuan strategik dalam perkembangan jenama-jenama francais seperti Kyros Kebab (Malaysia) dan Subway (USA) di Malaysia.
- Lebih daripada 500 pemilik perniagaan Bumiputera telah dilatih dan dibimbing - Membuat persediaan membangunkan sistem francais yang profesional melalui sistem licensing / pelesenan pra-francais, menjadikan mereka lebih bersedia untuk pertumbuhan jangka panjang.
Antara klien-klien Francaisor & Licensor:-
- MD Putu Bambu World, D'Apple Fried Chicken DAFC, Hemzal Crispy Chicken, QBistro Premium Mamak Restaurant, Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, Richiamo Coffee; Chamek Kopitiam;
- Brighthill Islamic Montessori, Kinderhive Childcare Center, Omar Ali Boutique; Catzonia Premium Cat Hotel;
- SuamiSihat Men Wellness Center, Farmasi Ehsan;
- Mr.Absorber Car Suspension, TMK Industries Car Tint & Detailling.
Pengalaman:-
- 1991-1995: Pegawai Akaun di bank tempatan dan antarabangsa
- 1996-1998: Pengurus Pemasaran di syarikat IT tempatan
- 2000-2005: Pengurus Francais di syarikat francais dalam negara
- 2008-2022: Perunding francais berdaftar di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN)
- 2008-2022: Perunding francais berdaftar di Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Whatsapp: 0194298400
===
Terma dan Syarat Penyertaan
- Licensing Workshop Online (selepas ini dirujuk sebagai ‘Program’) ini dianjurkan oleh Sprint Marketing Concept (selepas ini dirujuk sebagai ‘SPRINT’)
- Yuran tidak dipulangkan untuk sebarang pembatalan oleh peserta.
- Yuran perlu dijelaskan sepenuhnya Tiga (3) hari bekerja sebelum Program bermula.
- Sebarang perubahan di pihak peserta perlu dimaklumkan kepada SPRINT dalam tempoh Sepuluh (10) hari bekerja lebih awal.
- SPRINT berhak mengubah (mana-mana yang berkaitan) - fasilitator, masa dan lokasi Program jika terdapat keperluan dan peserta akan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut.
- Pihak SPRINT berhak membatalkan atau menunda sesi Program sekiranya jumlah penyertaan adalah kurang dari 50%.
- Pemulangan 100% ke atas bayaran akan dibuat kepada peserta sekiranya terdapat sebarang pembatalan Program dari pihak SPRINT.
- SPRINT berhak menentukan jumlah penyertaan dalam setiap program.
- SPRINT berhak menolak permohonan atau membatalkan pendaftaran tanpa memberikan alasan.
- Peserta yang dibatalkan pendaftaran oleh SPRINT akan mendapat pengembalian 100% keatas sebarang pembayaran yang telah dibuat.